Tiny Hand

Contest My Blog The Cutest Ever By Ika

Click banner

Saya tag semua readers saya! 


Dah beli buku Duyung Diva dan Si Tanggang.. Yahoo..

 Assalamualaikum......

Apa khabar semua readers.. (Amboi, gembira sungguh awak hari ni ain)  Mana tak gembira. Cuba tengok tajuk kat atas. Saya dah beli buku DUYUNG DIVA DAN SI TANGGANG yang saya nak selama nih.. Ni gambar buku tu:


Buku hasilan penulis novel terkenal Ain Maisarah dan Ida Munirah. Siri Dongeng Sri Bangsar . Best nyer... Baru malam tadi beli. Sekarang ni pon dah muka surat 104 daripada 216 muka surat. Bayang kan. Hehehe... Ada lagi satu buku saya beli tapi bukan mlm tadi beli tapi minggu lepas tak silap saya beli buku tu.. Nak tahu buku apa. Tengok dulu gambar nya:


HERO VS BONDA PET.  Ni siri Hero Sri Bangsar pulak. Tadi Dongeng Sri Bangsar. Best buku ni. Dah habis baca pon. 

Bila pesta buku menjelang, saya nak beli buku Diari Gadis Bintang pulak. Buku Ain Maisarah yang baru. Hohohoho... Best nyer...



Yeay! Ustaz Azhar Idrus nak datang Bandar Tasik Puteri


Assalamualaikum & Hai...


click untuk tumbesaran

Hai korang. Dah lama saya tak update kan? Hehehe. Sory la sebab sibuk dengan kerja sekolah. Maklumlah cuti sekolah kan? Seminggu pulak tu cuti nye. Sekarang ni pon tak siap lagi HW nye... Teruk btul saya ni. Sempat lagi blogging.

Cuba korang tengok tajuk kat atas. Ustaz Azhar Idrus nak datang Bandar Tasik Puteri. Best nye.. 25 Februari nanti. Birthday saya pulak tu. Huhuhu...

Siapa2 yang baca entri ni duduk kat Bandar Tasik Puteri, datang tau.. Inilah kesempatan kite untuk bertemu dengan Ustaz Azhar Idrus. Tak sabar rasanye.. Muahahahahahaha....

Budak nakal ( Ep 1 )

p/s: Budak nakal yang dimaksudkan adalah watak lelaki dalam cite ni. Watak perempuan pon sama juga. Tapi lelaki yang palig nakal.


" Cepatlah Lyssa!" teriak Fazura.

Syafiqah dan Hamidah sudah berada di hadapan kerana mahu cepat. Loceng tanda rehat tamat sudah berdering lebih kurang seminit yang lalu. Mana tidaknya, jika lambat sudah pasti didenda.
Murid-murid yang masih berada di kantin segera menghabiskan makanan masing-masing dengan lahapnya. 

"Fuh! Nasib baik Cikgu Yusuff belum sampai" kata Syafiqah, melepaskan lelah.

Cikgu Yusuff memang digeruni oleh warga sekolah iaitu murid-murid Sekolah Kebangsaan Sri Ehsan, sekolah yang menempatkan sekolah anak orang kaya. Cikgu Yusuff juga terkenal dengan sikapnya yang suka melatah apabila terkejut. Beliau seorang guru yang sangat garang. Lebih garang daripada singa pon ada juga. Apabila beliau marah, beliau akan menjegilkan mata seperti hendak keluar matanya itu. Sehinggakan ada seorang murid pengsan kerana terkejut melihat mata Cikgu Yusuff yang menakutkan itu.

"Tahu tak apa. Kalau cikgu dah sampai, naya kita tahu. Tidak pasal-pasal kena berdiri atas meja dekat tengah padang" kata Syazlyssa pula.

"Mesti terseksakan kalau kena denda macam tu" tanya Hamidah. "Eh, mestilah. Mahu tidak terseksa. Sudah lah dapat malu, panas pun dapat" balas Fazura.

"Cik kak-cik kak yang sedang bergosip tu, boleh diam tak?" tiba-tiba seorang pengawas perempuan menegur.

"Yang ko ni tetiba nak menyibuk apsal! Lantak la. Kacau daun je lah" cakap Syafiqah sedikit tinggi suaranya. "Suka hati aku lah nak tegur. Nanti tigak pasal-pasal kena denda. Nak?" balas pengawas itu.

Syafiqah memuncungkan mulutnya tanda tidak puas hati. "Sudah lah. Cikgu Yusuff dah sampai tu" kata Hamidah menenangkan keadaan. Pengawas tadi sudah pun beredar ke tempat duduk nya. "Nasib  baik awak ada Hamidah. Kalau tidak, mesti saya tengah bertikam lidah dengan pengawas itu. Lepas itu kena denda" kata Syafiqah.

Hamidah tersenyum.

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh" Cikgu Yusuff memulakan bicara. Salam dibalas.

"Saya cuma hendak beritahu yang keputusan UPSR akan diumumkan pada 16 November nanti. Jadi, kamu semua wajib hadir. Faham?!"

"Faham cikgu" perlahan sahaja jawapan dan tindak balas murid-murid itu.

"Sebelum kamu masuk ke kelas, saya ingin memanggil beberapa orang murid. Amir Zaki, Muhammad Firdaus dan Farid Kamal dari kelas 6 Inovatif. Kamu bertiga pergi ke meja saya dengan segera. Sekarang!" kata Cikgu Yusuff sambil menjegilkan mata. Nasib baik tiada yang pengsan ketika Cikgu Yusuff tiba-tiba menyergah mereka.

Masing-masing sibuk mahu mengetahui mangapa. " Lyssa! Kamal tu" kata Syafiqah lalu ketawa. Mereka berempat sudah maklum dengan perasaan Syazlyssa terhadap Farid Kamal. Syafiqah dan Hamidah sudah tersenyum-senyum.

"Mulut awak memang celupar kan. Aku tidak minat lah dengan lelaki hodoh macam die tu. Hatiku sudah diambil oleh Boyfriend" balas Syazlyssa. " Ye lah tu. Penipu! " balas Hamidah pula.

Syazlyssa menekup muka nya, menahan marah dan malu....


"Assalamualaikum! Bibik, saya sudah balik"

" Cik Lyssa sudah pulang ya. Cik Lyssa sudah mahu makan? Kalau mahu, bibik hidangkan" kata Enon, pembantu rumah Indonesia di rumah Syazlyssa. 

"Tidak mengapalah bik. Saya nak mandi dulu. Sebentar lagi kawan saya nak datang. So, saya nak makan dengan mereka ya" balas Syazlyssa dengan sopan.

Bibik Enon hanya mengangguk. Dia menyenangi perangai anak majikannya itu. Walaupun kaya tapi, tahu berbudi bahasa dan menghormati orang tua, baik, cantik dan pandai. Sebab itulah Bibik Enon suka bekerja di rumah itu.

Syazlyssa segera melangkah naik ke atas. Dia mahu segera mandi kerana sudah masuk waktu Zohaor dan mahu segera menunaikannya.




"Assalamualaikum Lyssa!" teriak Fazura sementara Syafiqah menekan loceng.

" Hish, mana Lyssa ni. Kita dah call tadi" rugut Fazura yang terkenal dengan sifat nya yang suka membebel dan merungut. Mewarisi sikap maknya.

Tiba-tiba, Bibik Enon membuka pintu seraya berkata " Waalaikumsalam. Oh, kalian! Sebentar ya. Bibik bukakan pintu nya"

"Baiklah bik. Cepat sikit ya!" balas Fazura. Tiba-tiba Syafiqah memukul lembut bahu Fazura." Hish awak ni, sabar lah sikt"

"Panas tau tak. Kan Hamidah?" balas Fazura lalu memandang Hamidah. Hamidah senyum sahaja, mengiakan kata-kata Fazura. Melihatkan perangai Hamidah yang senyap sahaja, Syafiqah bertanya kepada Hamidah, " Idah, kenapa senyap sahaja? Do you have problem?

"Mama saya sakit. Saya risau"

" Dekat rumah awak kan ada bibik. Awak jangan risau lah. Nanti, kami pergi rumah awak setelah semuanya selesai. Ok!" kata Fazura. Hamidah tersenyum menandakan dia setuja. Dia gembira kerana mempunyai sahabat yang prihatin seperti mereka....

Suntikan HPV...


Assalamualaikum & hai...


Dah lama tak update blog ni... Rasa macam dah bersawang pulak...Memang dah bersawang pon sebab dah kena tinggal lebih kurang 2 minggu la.. Lama kan? Teruk betul saya ni. 

Cuba korang tengok tajuk kat atas...SUNTIKAN HPV.. baru saya teringat yang ting.1 akan ada suntikan tu... Hari tu kat sekolah cikgu ada bagi borang.. Lepas dapat borang tu,saya baca lah. Punya lah TERKEJUT masa tu..

Pastu, esok nye kan, ada ke patot budak2 lelaki dalam kelas saya tu cakap yg hari esok nye suntik.. Tp, x de pon. tak thu lah bile suntikan tu..

Ok lah...tu je.. Bye..

Pehatian! ada berita penting. Tolong lah baca...



PERHATIAN!! ini bukan ayat al-Quran...

PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

Simple Templates By Blogger | Edited & Designed By Anis Zahirah