WARNING! Cerita ni agak panjang. So, sesiapa yang tak suka baca cite yang panjang tak payah baca k...
Gembira btul la.. Tak sangka bleh menang. Mana taknye, Semalam kitaorang berlatih ala kadar jelah. Tapi tak lah ala kadar saje, mestilah serius jugakkan. Kitaorang bincang pasal gaya, baju semuanye last minit. Seriously, memang last minit kitaorang buat semalam. Ada masa jugak la nak bergurau, bergelak ketawa, nak mengada-ngada( ceh! ngada-ngada konon. Pi rah!!!)
Nasib baik lah mak saya prihatin, bagi bawak balik sekejap kat umah. Ye lah, mak saya pegi kerja bawak laptop, itu pon sbb nk guna nak buat kertas periksa untuk budak-budak tadika( mak saya kerja guru tadika yg berwibawa-cewah! Kalau mak saya baca ni, mesti kembang...hehehe) Boleh lah kitaorang tengok youtube sbb nak cari contoh gaya untuk koir. Alhamdulillah, jumpa gak satu gaya ni yg kitaorang rasa sesuai untuk koir iaitu 'petik jari'...
Mula-mula masa training tuh memang la pening skit. Tapi, lama-lama ok gak lah. Pastu, bila dah habis berlatih, kitaorang bukak la lagu korea... Saje-saje, nak relaks sekejap. Siapa yang mak bapak dh smpai, diorang balik lah...
Sekarang ni nk cite masa pertandingan pulak. Kitaorang berpakat nak datang awal ke sekolah sebab nak berlatih buat kali terakhir. Saya pulak, kena pakai baju muslimah yang berwarna hitam+merah. Sebenarnya, Kena pakai baju yang warna hitam+putih. Disebabkan saya tak ade baju tuh, so diorang bagi saya pakai baju tuh. Yeayy!!!!
Ada yang kena pakai selendang la, bendera la. Tapi cantik... Pastu, bile cikgu dah sampai, barulah terhegeh-hegeh nak berlatih buat kali yang terakhir. Nasib baik la masa cabut undian ada budak lelaki yang sanggup ambikkan untuk kitaorang. Dapat no.6 daripada 11 kumpulan. Ya Allah, awal nye.. Tapi kire oklah sebab tengah-tengah..
Saya tak ingatlah kelas mana yang mula dulu. hehehe, biasalah, Saya ni cepat lupa..huhuhu. Tapi kelas-kelas yang saya tengok sebelum kami buat persembahan tu, memang tak ada satu kelas pon buat gaya. Kelas kitaorang ada buat sajak yang dideklamasikan oleh dua orang kawan saya boleh dikatakan comel iaitu.... AFIFAH & AIN NATASHA... Mereka berdua kalau bersajak sedap. Boleh tahan lah.
Tapi, sebelum mereka berdua naik, semua orang dah tepuk tangan dengan gemuruh( cewah! berlagak giler).
Teacher Melati pon ada cakap" Eh, kenapa dah tepuk. Belum naik lagi" Diorang gelak. Biasalah, Teacher Melati memang kelakar. Kalau time belajar ngan teacher je( pelajaran Methematic) mesti kitaorang akan gelak-gelaknye.
Kitaorang nyanyi lagu " 1 Malaysia ". Majoritinye, ramai kelas buat lagu tu. Tapi masa kitaorang nyanyi tuh, tepukannye sungguh gemuruh. Time lirik yang..
Kita satu bangsa kita satu negara,
kita satu matlamat...ooooo..
kita satu bangsa satu negara
kita satu Malaysia
1. 6 Bestari
2.6 Amanah
3.6 Setia
4.6 Ikhlas
5.6 Tekun
Oklah. Itu saje. Bye...
yeay!!!!!!!!:D
ReplyDelete