Tiny Hand

Adik saya dah balik!

Assalamualaikum..
 
Akhirnya, adik saya dah balik.. Hmm.. budak tahfiz kan. Balik tak menentu.. Serius sunyi sangat dia takde kat rumah. Biasanya saya balik rumah je die ada kan. Dialah kwan bergaduh, kwan tengok running man sama-sama, kwan tido lambat sama-sama. Ni baru lah dia balik. Orang nak balik sekolah dah dia baru nak balik. hahaha
 
Lagi satu, tadi alang-alang pegi Janda Baik, hantar cheesetart sekali.. Kawan saya tempah. Dah la datang dengan abang dia.. Malu pulak rase. LOL!
 
Tadi pulak ada sorang budak comel duduk kat rumah ni. Mama saya jaga. Comel sangat! Nama dia Thaqif. Mata bulat, muka flawless na mati.. hahaha memang la flawless, nama pon budak kan.. hhmm... 

Saya rindu sangat la dengan 'dia'. Hope dapat bersama macam dulu lagi.. Hhmm
 
 
wth budak busuk kesayangan ain..^^

Jaksa 2016

Assalamualaikum semua...

Dh lama saya tak sentuh blog ni. Maklumlah makin sibuk sekarang ni. Sekarang pon curi masa je nih. Padahal tengah buat kerja sekolah.  Saje nak lepaskan stress dulu. Terfikir nak bukak pon sebab hari tu ada orang tu mention pasal blog ni.. Haih takpelah.

 Kembali kepada tajuk, saya nak memperkenalkan diri ini sebagai Jawatankuasa Asrama aka jaksa. Apa yang menariknya jawatan ni, takde apa yg menarik pon. Menyiksakan adalah. Saya bersama 12 orang rakan yang lain telah dilantik sebagai jaksa pada tahun lepas dan tahun ni. Alhamdulillah, kelebihan kami, kami duduk dalam satu dorm di aras bawah sekali iaitu groundfloor. hehehe..


 Inilah sahabat-sahabat perjuangan saya

Saya perkenalkan sorang-sorang ye..
Atas dari kiri : Liyana ( Exco Kebajikan dan pengangkutan ), Saya ( Exco Disiplin ), Hani ( Setiausaha ), Dalilati ( Exco Penginapan dan Dobi )

Tengah dari kiri : Huwaida ( Ketua Aspuri ), Madihah ( Exco Dewan Makan ), Anis ( Exco 3K ), Hana ( Bendahari )

Bawah dari kiri : Maisarah ( Exco Akademik ), Husna ( Exco Kerohanian ), Aniesa ( Exco AAT ), Syarah ( Exco Sukan dan Riadah )

Itulah sahabat-sahabat saya.... Smart kan gambar tu.Tu sebenarnya gambar dorm. Dorm kami tema "Crime". Tu yang ala-ala polis tu.. haha. Act ada lagi sorang iaitu Penolong Ketua Aspuri (F4). Nama dia Lailatul Qadarina a.k.a Ina. Tapi gambar dia takde la..Lain kali saya letak. Dia adik dorm yang paling disayangi oleh kakak-kakak dorm dia nih...hehehe. Oklah. Nak sambung buat kerja. Nanti nak zumba plak..hehe. 

Bye

Simple Templates By Blogger | Edited & Designed By Anis Zahirah